Thursday 25 August 2011

Ketabahan Seorang Wanita

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hasan. Ia pergi menunaikan haji ke Baitul Haram. Sewaktu dia tertawa tiba-tiba dia terpandang wajah seorang wanita yang bersinar wajahnya sehingga dia berkata: "demi Allah belum pernah aku melihat wajah secantik ini. Tidak lain ini pasti kerana wanita ini tidak pernah risau atau susah hati."

    Dengan tiba-tiba wanita itu yang terdengar kata-kata Abul Hasan itu berkata: "wahai lelaki,apa yang telah kamu katakan tadi sebenarnya demi Allah aku tetap dibelenggu oleh perasaan dukacita. Dan hati luka kerana risau dan tiada seorang pun yang aku salahkan dalam hal ini."

    Abul Hasan bertanya: "apakah hal yang merisaukan kamu?"

    Berkata wanita itu: "pada suatu hari, ketika suamoku menyembelih kambing korban. Pada masa itu aku mempunyai 4 orang anak. 1 telah kahwin, 1 masih meminum susu dan 2 lagi masih kanak-kanak. Sewaktu aku bangun untuk membuat makanan maka anakku yang tua berkata kepada adiknya: "wahai adikku,sukakah kamu aku tunjukkan kepadamu bagaimana ayah menyembelih kambing?"

    Berkata si adik: "sila tunjukkan padaku."

    Maka adiknya itu ditelentangkan dan disembelihnya. Setelah disembelih dia menjadi takut apabila melihat darah yang banyak, maka dia pun lari ke bukit. Akhirnya anakku yang besar itu mati dimakan oleh serigala di atas bukit. Suamiku pergi untuk mencari anak kami yang lari ke bukit sehingga ia mati kehausan di sana. Aku keluar dari rumah meninggalkan anak kecilku untuk mencari suamiku,tiba-tiba anak kecilku merangkak menuju ke periuk yang airnya sedang mendidih,dan anakku tarik periuk itu akhirnya tumpah di atas badannya sehingga menggelupas kulitnya. Berita ini sampai kepada puteraku yang telah kahwin,
apabila mendengar berita yang menimpaku dia jatuh pengsan dan akhirnya mati. Kini aku tinggal sebatang kara."

   Abul Hasan bertanya: "bagaimana kamu boleh sabar dalam menghadapi musibah yang hebat ini?"

   Berkata wanita itu: "tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan antara keduanya ada jalan berbeza. Ada pun sabar dengan memperbaiki yang lahir. Maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Adapun mengeluh maka orangnya tidak mendapat ganti rugi,yakni sia-sia sahaja."

   Telah bersabda Rasulullah s.a.w: "mengeluh itu termasuk kebiasaan jahiliah,dan orang yang mengeluh jika mati sebelum taubat maka Allah akan memotong baginya pakaian dari wap api neraka."

No comments:

Post a Comment