Sunday 28 August 2011

Anak Yang Tabah Menjaga Ibubapanya....

Assalamualaikum w.t.h....The N ada beli sebuah buku yang bertajuk "Himpunan Kisah-Kisah Menyayat Hati.." Buku menceritakan tentang kisah yang berlaku pada zaman dahulu..The N sebenarnya nak kongsi tentang kisah yang ada dalam buku ni yang bertajuk "anak yang tabah menjaga ibubapanya"..



Nabi Musa adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap dengan Allah s.w.t. Setiap kali hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihan yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

   Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah "ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?"

   Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya Nabi Musa sampai ke tempat berkenaan.

  Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ beliau berjaya menemui orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

   Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam.  Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ni" kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

   Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu dimandikan dan dibersihkan., kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke dalam bilik.

   Selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?"

   "Aku agama tauhid," jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "habis mengapa kamu memelihara babi?" Kita tidak boleh berbuat begitu, kata Nabi Musa.

   "Wahai tuan hamba." Kata pemuda itu. "sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah mengubah mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya  dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.

   "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan, aku bermohon agar Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.."

   Maka ketika itu juga Allah turunkan wahyu kepada Nabi Musa. "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa bai pun dia masih berbakti juga. oleh itu, kami naikkan makamnya sebagai anak soleh di sisi kami."

   Allah juga berfirman lagi yang bermaksud: "oleh kerana dia berada di makm anak yang soleh di sisi kami, maka kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang kami sediakan dalam neraka telah kami pindah ke dalam syurga."


Subhanallah begitu tinggi darjat seorang anak yang soleh sehingga boleh memindahkan tempat ibubapanya di dalam neraka ke dalam syurga..

No comments:

Post a Comment