Sunday 28 August 2011

Anak Yang Tabah Menjaga Ibubapanya....

Assalamualaikum w.t.h....The N ada beli sebuah buku yang bertajuk "Himpunan Kisah-Kisah Menyayat Hati.." Buku menceritakan tentang kisah yang berlaku pada zaman dahulu..The N sebenarnya nak kongsi tentang kisah yang ada dalam buku ni yang bertajuk "anak yang tabah menjaga ibubapanya"..



Nabi Musa adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap dengan Allah s.w.t. Setiap kali hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihan yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

   Suatu hari Nabi Musa bertanya kepada Allah "ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?"

   Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya Nabi Musa sampai ke tempat berkenaan.

  Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ beliau berjaya menemui orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

   Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam.  Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ni" kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

   Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilapkan sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu dimandikan dan dibersihkan., kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke dalam bilik.

   Selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?"

   "Aku agama tauhid," jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "habis mengapa kamu memelihara babi?" Kita tidak boleh berbuat begitu, kata Nabi Musa.

   "Wahai tuan hamba." Kata pemuda itu. "sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah mengubah mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya  dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.

   "Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan, aku bermohon agar Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.."

   Maka ketika itu juga Allah turunkan wahyu kepada Nabi Musa. "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa bai pun dia masih berbakti juga. oleh itu, kami naikkan makamnya sebagai anak soleh di sisi kami."

   Allah juga berfirman lagi yang bermaksud: "oleh kerana dia berada di makm anak yang soleh di sisi kami, maka kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang kami sediakan dalam neraka telah kami pindah ke dalam syurga."


Subhanallah begitu tinggi darjat seorang anak yang soleh sehingga boleh memindahkan tempat ibubapanya di dalam neraka ke dalam syurga..

“Jika inginkan daku, dapatkanku di kerusi rodaku…”

    Assalamu'alaikum....salam ukhwah...The A, tertarik dengan short artikel ini semasa melayari blog sahabat ayah saudara The A..Ini hasil copy dari empunya blog tersebut...
    

“Jika inginkan daku, dapatkanku di kerusi rodaku…”



Kelmarin – pergi kem tentera. 

Sempena menunggu waktu berbuka puasa, ada satu slot mendengar kisah dari seorang anak muda wakil Cakna Palestin Kelantan. Beliau telah berkesempatan pergi ke Palestin. Kisahnya begitu menarik untuk direnungi .. berkenaan keadaan rakyat dan negara Palestin.

Antara yang menarik hati .. berkenaan perjumpaannya dengan anak Syeikh Ahmad Yassin. Sebagaimana yang telah kita ketahui, Syeikh Ahmad Yassin, Bapa Intifadah Palestin telah dibunuh selepas solat Subuh dengan 3 peluru berpandu, salah satunya jatuh tepat ke atas beliau (As-Syaheed) sehingga beliau menemui syahadah bersama ramai lagi yang lain termasuk dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi rodanya.



Bila ditanya mengapakah tentera Israel begitu takut sekali dengan Syeikh Ahmad Yassin .. anaknya sendiripun tak tau. Apa yang pastinya anaknya bercerita:

“Syeikh Ahmad Yassin seorang yang lumpuh dari leher ke bawah. Hanya bergerak menggunakan kerusi roda. Amalan rutin beliau ialah selepas solat subuh selalu akan membaca al-Quran. Saya selalu membelek al-Quran untuknya. Pernah satu ketika .. semasa membelek al-Quran .. saya tertidur. Apabila tersedar saya dapati beberapa helaian al-Quran telah terbelek beberapa helai ke hadapan. Saya hairan dan tertanya-tanya siapakah yang membeleknya? Rupa-rupanya Syeikh Ahmad Yasin terus membaca al-Quran dengan membeleknya menggunakan mulut & lidah ..”

Begitu hebatnya nilai keimanan dan ketakwaan pada dirinya ..  sehingga menakutkan Israel. Takut dan gerun hanya pada seorang yang lumpuh anggota badan ..



Pernah Syeikh Ahmad Yasin berkata: "Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka (Israel) inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi."

 Al- Fatihah untuknya ..

Gambar Syeikh Ahmad Yassin yang telah mati syahid ..   

Thursday 25 August 2011

Ketabahan Seorang Wanita

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hasan. Ia pergi menunaikan haji ke Baitul Haram. Sewaktu dia tertawa tiba-tiba dia terpandang wajah seorang wanita yang bersinar wajahnya sehingga dia berkata: "demi Allah belum pernah aku melihat wajah secantik ini. Tidak lain ini pasti kerana wanita ini tidak pernah risau atau susah hati."

    Dengan tiba-tiba wanita itu yang terdengar kata-kata Abul Hasan itu berkata: "wahai lelaki,apa yang telah kamu katakan tadi sebenarnya demi Allah aku tetap dibelenggu oleh perasaan dukacita. Dan hati luka kerana risau dan tiada seorang pun yang aku salahkan dalam hal ini."

    Abul Hasan bertanya: "apakah hal yang merisaukan kamu?"

    Berkata wanita itu: "pada suatu hari, ketika suamoku menyembelih kambing korban. Pada masa itu aku mempunyai 4 orang anak. 1 telah kahwin, 1 masih meminum susu dan 2 lagi masih kanak-kanak. Sewaktu aku bangun untuk membuat makanan maka anakku yang tua berkata kepada adiknya: "wahai adikku,sukakah kamu aku tunjukkan kepadamu bagaimana ayah menyembelih kambing?"

    Berkata si adik: "sila tunjukkan padaku."

    Maka adiknya itu ditelentangkan dan disembelihnya. Setelah disembelih dia menjadi takut apabila melihat darah yang banyak, maka dia pun lari ke bukit. Akhirnya anakku yang besar itu mati dimakan oleh serigala di atas bukit. Suamiku pergi untuk mencari anak kami yang lari ke bukit sehingga ia mati kehausan di sana. Aku keluar dari rumah meninggalkan anak kecilku untuk mencari suamiku,tiba-tiba anak kecilku merangkak menuju ke periuk yang airnya sedang mendidih,dan anakku tarik periuk itu akhirnya tumpah di atas badannya sehingga menggelupas kulitnya. Berita ini sampai kepada puteraku yang telah kahwin,
apabila mendengar berita yang menimpaku dia jatuh pengsan dan akhirnya mati. Kini aku tinggal sebatang kara."

   Abul Hasan bertanya: "bagaimana kamu boleh sabar dalam menghadapi musibah yang hebat ini?"

   Berkata wanita itu: "tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan antara keduanya ada jalan berbeza. Ada pun sabar dengan memperbaiki yang lahir. Maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Adapun mengeluh maka orangnya tidak mendapat ganti rugi,yakni sia-sia sahaja."

   Telah bersabda Rasulullah s.a.w: "mengeluh itu termasuk kebiasaan jahiliah,dan orang yang mengeluh jika mati sebelum taubat maka Allah akan memotong baginya pakaian dari wap api neraka."

Friday 19 August 2011

Larangan buat amalan sunat ketika khutbah jumaat

“Jika engkau berkata kepada temanmu, ‘Diamlah’ ketika mana imam atau khatib menyampaikan khutbahnya, maka engkau melakukan perkara sia-sia, maka tidak ada Jumaat baginya.” Hadis ini diriwayatkan oleh enam ulama hadis daripada seorang sahabat Nabi iaitu Abu Hurairah r.a.

Hadis ini difahami majoriti ulama sebagai anjuran untuk mendengar khutbah dan tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan ketika khatib sedang menyampaikan khutbah.

Namun, ia bukan bermakna batalnya kewajipan Jumaat apabila seseorang Muslim itu melakukan perkara yang dilarang. Ini kerana makna “tidak ada Jumaat baginya” adalah bermaksud tidak ada pahala Jumaat, bukan tidak sah Jumaatnya.

Memang benar segala bentuk amalan sunnah seperti membaca tasbih, al-Quran dan sebagainya hendaklah dihentikan sebaik saja khatib naik mimbar untuk menyampaikan khutbahnya.Ini berdasarkan kepada hadis daripada seorang sahabat Nabi, iaitu Tsa’labah Abi Malik yang diriwayatkan oleh Imam as-Syafi’I dalam kitabnya al-Umm yang menyatakan: Duduknya Imam di atas mimbar memutuskan segala tasbih [amalan sunnah], dan khutbahnya memutuskan segala macam perbicaraan.”Akan tetapi, perlu dinyatakan di sini bahawa larangan di sini adalah larangan yang bermaksud makruh bukan haram.

Dalam buku al-Majmu’, karangan Imam an-Nawawi disebutkan bahawa ulama yang bermazhab as-Syafi’I berpandangan bahawa mereka sepakat melarang siapa saja yang berada di masjid untuk melakukan apa saja ketika imam atau khatib sudah duduk di atas mimbar.

Imam al-Ghazali seperti yang dikutip oleh an-Nawawi rhm berpandangan, “Jika khatib sudah duduk di atas mimbar, maka tidak dibenarkan lagi melakukan amalan sunnah. Kerana itu, sesiapa yang tidak dalam keadaan menunaikan solat, maka dia tidak boleh mengerjakan solat. Manakala sesiapa yang mengerjakan solat, maka hendaklah dia mempercepatkan solatnya.”

Ini berlaku bagi jemaah yang sudah berada atau duduk di dalam masjid. Mereka yang masuk ke masjid dan belum duduk sewaktu imam duduk di atas mimbar atau sedang berkhutbah, maka dia dianjurkan untuk mengerjakan solat sunat tahiyyah al-masjid sebanyak dua rakaat yang ringkas atau singkat.Makruh hukumnya meninggalkan solat sunnah ini, kerana Nabi SAW bersabda bermaksud: Jika salah seorang di antara kamu masuk masjid, maka janganlah dia duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”

Tetapi jika ia masuk ke masjid di akhir khutbah dan menduga bahawa bila dia melakukan solat tahiyyah al-masjid, dia tidak dapat mengikuti imam dalam takbir pembukaan [takbiratul ihram], maka dia tidak perlu menunaikan solat.Namun dia tidak boleh duduk melainkan berdiri menunggu khutbah berakhir agar tuntutan Nabi SAW supaya tidak duduk dapat dilaksanakan. Wallahua’lam.